JKKN Kedah Sedia Skrin Besar Tayang Final Piala FA di Dataran Sungai Korok
- Butiran
- Astro Awani
ALOR SETAR: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah akan menyediakan skrin besar khas untuk menayangkan perlawanan final Piala FA 2019 yang akan menyaksikan Kedah menentang Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
"Kebetulan final Piala FA akan berlangsung pada Sabtu iaitu malam terakhir temasya, jadi sambil kita bersantai-santai di dataran itu nanti, adalah lebih baik kita menyaksikan perlawanan bola sepak yang merupakan sukan kegemaran nombor satu rakyat negeri ini.
Kedah menang setelah mengambil kira kelebihan jaringan gol di tempat lawan.
Skuad Lang Merah, yang merupakan juara empat kali, bakal dicabar oleh juara dua kali, Perak yang menewaskan Pahang 4-3 secara agregat di Ipoh pada perlawanan separuh akhir kedua.
Kali terakhir Kedah merangkul kejuaraan Piala FA ialah pada 2017 selepas menewaskan Pahang 3-2 di Stadium Shah Alam.
-- BERNAMA